Berborak Sewaktu Khutbah – Realiti

3 Jul

Berborak sewaktu khutbah jumaat

Entri ini aku tulis sebab ini adalah realiti yang selalu terjadi sewaktu Solat Jumaat. Bukan kerana aku pandai agama, tapi sekadar berkongsi dan saling mengingatkan apa yang pada pendapat aku makin menjadi-jadi. Sebelum khutbah jumaat bermula, muazzin akan mengingatkan supaya tidak bercakap sewaktu berkhutbah, walaupun mengingatkan rakan di sebelahnya dengan perkataan diam sekalipun, kerana akan luputlah pahala solat jumaat orang tersebut. Tapi apa yang aku tengok kat masjid masa solat jumaat semalam, ramai je yang berborak-borak. Kalau yang berborak tu budak kecil, aku faham la jugak. Tapi kalau orang dewasa yang sepatutnya jadi contoh kepada yang kecil ikut sama berborak, rancak pulak tu, bagi aku itu sesuatu yang memalukan. Bukannya tak faham pun apa yang muazzin tu kata.Ambil endah tak endah je, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Kalau yang bercakap tu orang yang kurang siuman, tu aku faham la (dah nama pun kurang siuman). Tapi ni, yang kuat borak ni mereka-mereka yang berpakaian kemas dan bekerjaya. Tak kan la tak siuman pulak kan. :-| Jadi, di entri yang pendek ni, aku nak la mengingatkan diri aku, dan rakan-rakan reader aku sekalian, jangan la berborak atau bercakap sewaktu khatib sedang berkhutbah. Terasa rugi la kalau datang solat jumaat tapi tidak mendapat pahala sebaliknya mendapat dosa sebab masa berborak, aku pasti sedikit tidak, mesti akan terselit gosip-gosip.

Aku memohon maaf kalau entri ni menyinggung perasaan anda. Aku sekadar berkongsi supaya menjadi panduan kita semua bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “Berborak Sewaktu Khutbah – Realiti”

  1. rashidNo Gravatar July 3, 2010 at 2:18 PM #

    Untuk berkongsi ilmu tak semestinya kita pandai, cukup kita faham topik yang nak disampaikan…memang tak dinafikan dekat masjid memang ada jugak yang bercakap, mungkin dari kecik dah terbiasa dan bila dah besar tak pernah plak kena tegur dan masa muazzin beriperingatan plak dia tengah berborak, jadi memang datang dengan pakej la…doa yang terbaik untuk orang yang macam tu..
    rashid recently posted..WC Update Keputusan Suku Akhir dan Jadual Separuh Akhir

    [Reply]

  2. nina nurzianaNo Gravatar July 3, 2010 at 9:32 PM #

    thanks for sharing ;) nina nurziana recently posted..Be nice to smokers

    [Reply]

Trackbacks and Pingbacks

  1. Azhar Amin - July 2, 2010

    Berborak Sewaktu Khutbah – Kenyataan http://goo.gl/fb/JLVsH

  2. Azhar Amin - July 3, 2010

    Berborak Sewaktu Khutbah – Realiti http://goo.gl/fb/rzv6a

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: