Indahnya Masa Bercinta, Sesudahnya?
30
June

Entri ni aku buat berdasarkan apa yang aku lihat dan dengar dari orang-orang di sekeliling aku. Tidak memfokuskan kepada sesiapa. Cukup sekadar untuk ilmu kita bersama.
Tak dinafikan, semua orang ingin bercinta, atau merasa mencinta dan dicintai. Masa mula-mula jumpa, terpaut rasa cinta dihati lelaki, then mula la proses mengurat. Mintak no telefon, hantar sms, telefon bertanya khabar. Masa ni memang bersopan habis, lelaki dan perempuannya. Yelah, kalau tak bersopan nanti, orang tak suka. Dah lama sikit kenal, mula la proses bercinta atau bercouple
Selalu la keluar ke sana ke mari berdua. Yang lelakinya, mula la kenalkan kat member-member lelakinya, dan sama la dengan perempuannya supaya tak ada yang kacau daun (masuk line ngurat).
Masa bercinta, fulamak..segalanya indah. Masa ni la kalau pasangan tu kentut, wangi je baunya, tak kisah (pasangan la katakan). Kalau si lelakinya pukul perempuan tu, perempuan tu diam je (sayang la katakan). Kalau si perempuannya mintak yang bukan-bukan, si lelakinya belikan je walaupun pada hakikatnya tak berkemampuan. Nak makan sendiri pun tak lepas. Tapi oleh kerana sayang, dibelikan juga. Diri sendiri merana tak apa asalkan kekasihnya bahagia. Terharunya kalau dengar.
Ini masa bercinta. Yang nak diceritakan selepas habis bercinta aka putus cinta aka “clash” kalau dalam bahasa inggerisnya. Masa ni, segalanya buruk pasal ex-pasangannya. Kalau masa bercinta, si perempuannya kata lelakinya tu budiman la, kacak la, bergaya la, gentleman la then lepas clash, rupa kacak terus jadi hodoh, budiman terus jadi iri hati, bergaya terus jadi selekeh. Aduh, kenapa la jadi macam ni. Masa bercinta tak nak pula kau kutuk boyfriend kau tu. Kalau dia pukul kau, tak nak pulak kau mengadu kat polis sebagainya. Dah clash, lebam sana sini, siapa yang rugi? Kau jugak yang rugi sebab boyfriend kau sesedap rasa je pukul kau. Macam kau ni punching bag dia kan. Kesan pukul boleh tahan lagi, sebab boleh hilang. Ni kalau yang dah”serah” segalanya. Masa “mintak”, si lelaki pujuk rayu, menjanjikan segalanya, then kau pun terpengaruh, merelakannya sebab dalam hati sudah ada taman bunga khas untuk kekasih hati. Dah “buncit”, yang lelakinya entah ke mana, kau juga yang rugi sebab tak macam kesan pukul, kesan ni bukan senang-senang boleh hilang. Kena membunuh baru boleh hilang kesan, zahirnya la. Tu yang banyak kita dengar sekarang kes buang bayi. Tanam bayi macam tanam bangkai haiwan kan. Dah la buat dosa berzina, tambah pulak dosa membunuh.
Tu habis la kisah si perempuannya. Ni bahagian lelakinya. Kalau masa bercinta si lelaki ni berikan segalanya. Kalau si awek tu minta Iphone, sanggup tu kau belikan walau hakikatnya sendiri pakai handphone murah. Boleh sms dengan call je (cukup la, fungsi asas telefon bimbit). Dalam hati sudah bilang cinta, gagahkan juga la diri ni belikan. Pokai sendiri tak apa asalkan yang tersayang bahagia. Iphone ok la lagi, tapi kalau dah sampai tahap nak belikan kereta (walaupun diri sendiri pakai motor biasa), bagi aku dah teruk namanya. Kalau member nasihat, kata pulak member nak runtuhkan hubungan pulak. Padahal member kesian tak nak diri tu merana dikemudian hari. Masa ber-couple ni, member habis dilupakan. Tak kisah sangat sebab apa-apa jadi, awek ada. Apa ada susah. Sekali si perempuan mintak putus, haaa.. amik kau. Beribu duit habis, habuk pun tak ada. Dah la tu, dulu ada la member, skang awek sudah lari, member pun malas nak cari sebab dah meluat. Bagi nasihat tak nak dengar.
Tak dinafikan tak semua pasangan macam yang aku kata kat atas ni. Ada juga yang bahagia, layan pasangan dia sama macam dia sayang diri dia sendiri. Bagi aku, kalau masa bercinta pasangan kau layan kau sebaiknya then kalau takdirnya tak ada jodoh antara korang (aka clash), jangan la bermusuh (lain la kalau pasangan kau tu memang kaki pukul, kaki kikis etc) atau mencari musuh. Lepaskan la pasangan kau sebaiknya, dan jadi la kawan sebaiknya. Siapa yang kata kalau clash kena jadi musuh. Ramai je yang jadi kawan lepas clash. Yang sudah lepas tu, just let it go. Pandang ke depan yang kita sendiri pun tak tau takdirnya.
Cukup la kot aku mengarut untuk entri ni. Sekali lagi aku cakap, entri ni tak ditujukan kat sesiapa. Kalau ada yang terasa, aku mintak ampun dan maaf atas segalanya.
huhuh..speechless….cinta tu racun…sekian.
[Reply]
zharmin
Reply:
June 30th, 2010 at 11:28 PM
racun kalau salah gayanya..
[Reply]
bese la tu
bercinta ni kene matang
[Reply]