[Pendapat] Buka Minda Sebelum Membeli

6 Oct

Assalam. Lama sudah rasanya tak tulis entri baru kat blog ni. Buat rugi je dok bayar yuran hosting dengan domain. Tu la akibat kalau ada kemalasan yang teruk dalam diri. Kerja bukannya banyak sangat pun sampai tak sempat nak buat entri baru.  Cukup mukadimah merepek ni.

Pernah dengar istilah “fanboyism” atau istilah lainya kipas-susah-mati sesuatu jenama. Golongan ni adalah mereka yang terlalu taksub dengan sesuatu produk atau jenama sampaikan walaupun ada produk persaing yang lebih bagus, mereka tetap memilih dan mengatakan yang produk atau jenama pilihan mereka itulah yang terbaik. Bagi la fakta sehabis baik mana pun, mereka tetap akan kata tidak. Aku tak la kata yang golongan ni tak bagus, b***h atau sebagainya. Tak salah pun kalau nak jadi fanboy sesuatu jenama. Bukan diorang minta duit aku atau korang pun kalau nak membeli. Hak peribadi masing-masing. Antara kawan-kawan korang mesti ada yang macam ni. Tak kira la fanboy Apple ke, Samsung ke, Blackberry ke..

Fanboyism penyebab kerugian

Aku rasa ungkapan atas ni betul dan terbukti bergantung kepada keadaan dan istilah ini perlu diingatkan kepada mereka yang berhajat untuk membeli smartphone. Boleh baca entri terdahulu berkenaan perbezaan setiap smartphone.  Ada iPhone, ada Android, ada Windows, Blackberry dan sebagainya. Semua telefon ni bagus dan hebat fungsinya, bergantung kepada penggunaan penggunanya.

Katakanlah korang ada bajet RM2000 untuk membeli smartphone. Dalam kepala dah tetapkan nak sangat nak beli iPhone 4, tapi duit tak cukup (Harga semasa iPhone 4 RM1900~RM2050 untuk 16GB). Penjual tu cadangkan la Samsung Galaxy SII sebagai alternatif sebab harga semasa SGS II adalah RM1790 (Original Set). Jauh lebih murah dari iPhone 4.

Tapi oleh kerana ada sifat fanboyism dalam diri korang tu, korang ambil juga iPhone 4 tu walaupun terpaksa meminjam dari kawan atau orang lain sebab duit tak cukup. Ini aku boleh katakan sebagai kurang pintar dalam berbelanja. Dah la kurang pintar, berhutang tambah dengan rugi, kombinasi yang bagus. Kalau aku, aku akan ambil SGS II atau smartphone lain yang setaraf atau lebih baik darinya yang harganya bawah RM2000 sebagai alternatif sebab berdasarkan spesifikasi, ada smartphone yang jauh lebih bagus berbanding iPhone 4. Fungsi yang hampir sama, tapi dengan harga yang lebih murah, bukankah itu lebih bagus.

Dalam contoh kes ni, dengan perbezaan lebih dari RM100, korang boleh beli dan pakai smartphone yang bagi aku boleh bertahan untuk 2-3 tahun akan datang atau mungkin lebih bergantung kepada keperluan korang la. Tak perlu berhutang dengan orang, malah dapat jimat lagi. Lebih tu boleh melabur dalam emas atau sebagainya.

Buka minda sebelum menyesal

Setiap smartphone ada kelebihan dan juga kekurangan. Tak ada istilah jenama ini lebih bagus dan sebagainya sebab akhirnya korang juga yang kena keluar duit untuk membeli, dan pengeluar juga yang untung. Adalah lebih baik kaji dahulu sesuatu yang mana dalam situasi nak membeli smartphone ni, tengok dan bandingkan dahulu spesifikasi, kelebihan dan kekurangan sesuatu smartphone sebelum buat keputusan membeli. Tanya pendapat orang yang lebih tahu. Google review yang bersepah kat internet tu. Jangan main serbu je tanpa ilmu, nanti sendiri rugi. Aku selalu bagi cadangan smartphone yang sesuai untuk pembeli aku berdasarkan bajet mereka sebab nanti tak nak ada perasaan menyesal bila dah pakai. Nanti keluarlah ayat, “ala, kalau tau macam ni, baik beli model yang lain”, “ala, tak best pulak pakai..menyesal beli” dan sebagainya.

Ok. Selamat menjadi pengguna yang bijak  :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Responses to “[Pendapat] Buka Minda Sebelum Membeli”

  1. samanosuke_04No Gravatar October 22, 2011 at 1:47 AM #

    hehe, aku pun dalam krisis malas tulis blog gak baru2 nie..

    huhu, aku agak stuju ngan ko. Bile nak banding, spec galaxy tab lagi mantap daripada iphone 4, tapi ramai gak yang amek iphone 4, sebabnye stylo, trendy…

    yang takleh blah lagi, sanggup upgrade iphone dari 2 ke 3 ke 4.. walopon feature yang diorang tambah dari generation tue takdelaa mantap sangat..

    fanboyism = kaya CEO henset..
    samanosuke_04 recently posted..3 Padah Bila Dah Lama Tinggalkan Blogging

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    haha…tgk reply komen pun lambat dah sekarang.
    Yup, bagi aku iphone 4s sangat tak berbaloi kalau upgrade dari iphone 4. Better tunggu generasi iphone seterusnya.
    stylo, trendy dan bergaya – tu adalah punca orang membeli handphone. Untuk nampak trendy walaupun tak tau sangat pun phone yang dibeli tu sebenarnya. Beli sebab ikut orang.

    [Reply]

  2. Ahmad IjatNo Gravatar October 23, 2011 at 8:00 AM #

    Orang kita memang mudah mengikut. Nak buat kajian dulu sebelum tu tak semua org rajin nak buat. Yang selalu kita buat, ikut kawan2. Kalau kawan kata iphone tu best, iphone je la yang cantik di mata. :-)

    sekadar berkongsi ~
    Ahmad Ijat recently posted..Glory Glory Man Utd! Jom Melawat Old Trafford

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Yup. beli sebab ikut orang. Dah beli baru rasa nak menyesal :D

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: