Subscribers 6

zharmin{dot}com

Smartphone yang mana nak beli?

Selama 3 bulan aku bergiat dalam jual beli handphone, acap kali user akan bertanya, “mana phone yang best pakai eh?”, “phone mana yang sesuai dengan saya eh?”, dan yang pasti “apa beza iphone, blackberry dengan android phone?”. Mula-mula tu susah jugak nak cakap sebab jujur kata, aku hanya pernah cuba pakai blackberry dan android phone sahaja. Pernah la ada niat nak cuba pakai iphone, tapi masih belum rezeki. Mungkin akan datang, siapa yang tahu kan?

Sebelum bercerita panjang, jom tengok apa yang pengguna smartphone seluruh dunia pakai. Nak bercerita kena la ada bukti dan fakta yang betul.

Chart atas ni adalah ANGGARAN jumlah jualan smartphone di seluruh dunia bagi tahun berakhir 2010 (Sumber dari Canalys). Bagi yang tak tahu, RIM tu mewakili Blackberry, dan Apple mewakili iPhone. Android phone pulak banyak vendor pengeluar. Ada Motorola, Samsung, LG, Sony Ericksson dan HTC (Nokia tak guna Android). Itu mungkin la salah satu faktor yang membolehkan Android OS menguasai pasaran smartphone untuk 2010.

Apa beza antara Android, Blackberry dan iPhone? Bawah ni aku senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap OS.

Android

1. Sumber Terbuka (Open Source).
2. Banyak aplikasi dan widget tambahan (Download melalui Android Market)
3. Senang customize.
4. GPS Navigation (Papago)
5. Support Adobe Flash.
6. Murah.
7. Ada memory card.
8. Boleh install custom firmware atau OS (Leedroid, CM7 etc)
9. Touch screen dan qwerty keyboard.

iPhone

1. Sumber tertutup.
2. Setiap aplikasi (install) mesti melalui Apple Store, kecuali selepas Jailbroke
3. Support GPS Navigation (Papago)
4. Mahal.
5. Tidak support Adobe Flash.
6. Tidak ada memory card.
7. Touch screen.

Blackberry

1. Sumber tertutup.
2. Perlu subscribe Blackberry Internet Service (BIS) package kalau nak guna Blackberry phone sepenuhnya. (Kalau tidak subscribe BIS, Wifi dan sesetengah fungsi phone tak boleh guna-locked)
3. Murah sedikit berbanding iPhone.
4. Tidak ada GPS Navigation untuk pengguna Malaysia (bergantung sepenuhnya kepada Google Map)
5. Touch screen dan qwerty keyboard (Blackberry Torch)
6. Ada memory card

Mana yang sesuai bagi saya?  :((

Jawapan paling mudah, bergantung kepada “mampu atau tidak aku nak beli dan pakai phone ni?”. Ada smartphone berharga murah dan ada juga yang berharga mahal sehingga mencecah hampir RM2.7k dan ada juga smartphone yang berharga bawah dari RM1k. Yang penting tepuk dada, dan check baki akaun bank korang. Beli ikut kemampuan dan bukan ikut nafsu ye.

Tak macam iPhone dan Blackberry, Android phone ada banyak jenis dan model dari pengeluar berbeza, ada beza ker?  :cool:

Yup. Macam aku tulis sebelum ni, Android banyak vendor yang keluarkan phone berkuasa Android. Setiap model pasti berbeza dari segi bentuk dan spesifikasi hardware sesuatu model tu. Ada Android phone yang berkuasa single core, dan ada juga yang berkuasa dual core. Lebih behat spesifikasi smartphone tersebut, semakin mahal la harganya.

Ok, dah beli smartphone. Lepas tu?  :-|

Mampu beli tak semestinya mampu pakai. Kenapa? Nak pakai smartphone ni, paling kurang kena la subscribe pelan data. Bagi aku, tak guna kalau pakai smartphone, tapi penggunaannya tak smart. Sekadar nak SMS dan call, baik pakai handphone Nokia 3310. Tak perlu risau risiko kena curi sebab pencuri pun agaknya segan nak curi. No offence kepada reader yang masih pakai Nokia 3310. Ni sekadar contoh sahaja ya. Kalau pakai Blackberry pulak, kena la subscribe BIS package sebab kalau tak nanti phone Blackberry tu macam tak berguna pun sebab wifi dan BBM tak boleh pakai. Dah pakai smartphone, mesti la nak selalu check Email, Facebook, Twitter, dan sekali sekala Check In. Kalau sebelum ni nak check Facebook mesti kena on desktop atau laptop, dengan smartphone dah tak perlu semua tu (macam cakap dalam iklan pulak). Connect ke wifi atau pelan data, dan boleh check semua on the go. Masa berjalan pun boleh guna Facebook. Kalau sesat boleh on GPS, lepas tu check Google Map kat mana lokasi korang, so sebab tu la korang kena ada pelan data. Tak boleh la asyik nak mengharapkan wifi. Tak semua tempat ada wifi. Jom balik kepada perihal pelan data tadi. Setiap carrier (Celcom, Maxis, Digi, UMobile, etc) ada menyediakan pelan data. Yang paling popular tentu la Digi Smart Plan 68. Aku taknak bercerita tentang pelan data mana yang korang perlu pilih sebab nanti entri ni jadi panjang sangat.

Korang nak pakai smartphone ni untuk apa? Nak ber-sosial secara maya (Facebook, Twitter etc) semata atau nak guna aplikasi lain seperti Blackberry Messaging (BBM) dan GPS. Aku simpulkan secara ringkas.

Penggunaan: Social Networking + GPS Navigation + Game – Android atau iPhone
Penggunaan: Social Networking + BBM - Game – Blackberry
Penggunaan: Social Networking + Messaging (YM, etc) – Android, iPhone atau Blackberry

Sebelum pilih smartphone yang mana korang nak beli, tolong la buangkan stigma basi – lebih mahal, lebih bagus, lebih hebat. Oh Tidak! Tak semua smartphone yang mahal itu bagus dan hebat, dan tak semua smartphone yang murah itu buruk dan tak bagus. Sebagai contoh Blackberry Torch lebih mahal dari HTC Desire, tapi sayangnya ada kekurangan sebab tak ada GPS Navigation untuk pengguna Malaysia tapi ada kelebihan sebab ada BBM yang ak rasa semakin digilai oleh rakyat Malaysia. So, kaji betul-betul setiap smartphone yang korang nak beli. Banyak review yang korang boleh jumpa kat internet. Jangan hanya beli sebab nak ikut kawan atau mengejar trend semata. Ada BBM pin tak semestinya anda hebat, guna iPhone 4 tak semestinya anda kool dan guna android tak juga bermaksud anda tu “nerd”.

Zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang. Lambat laun korang pasti akan guna smartphone, cuma persoalannya bila.  :love:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Perkongsian, Tips Tags :

31 Responses to Smartphone yang mana nak beli?

  1. i beli android.LG optimus one…better beli yang LG or Samsung punya android.sebab 2 phone tu tak ada AP…

    lagi pun tengok survey ramai beli android kan?hehe i dah 5 bulan guna android.so far ok jek :)

    just my opinion.
    cikai recently posted..bila kata-kata mudah direka

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Ek..LG dan Samsung pun sama ada AP set.
    AP set adalah set yang diimport dari luar negara, yang mana ianya bukan dibawa masuk oleh pengedar rasmi jenama tersebut. Sebagai contoh, set Samsung Galaxy S yang dibawa masuk oleh pengedar AP, warrantinya selama 1 tahun oleh pengedar tersebut, manakala set yang dibawa masuk oleh SME (Samsung Malaysia Electronic) adalah set original, dan warrantinya 1 tahun ditanggung oleh Samsung.

    Jangan terkeliru antara AP dan ORIGINAL set.

    Sekadar perkongsian untuk elakkan kekeliruan :)

    [Reply]

  2. arisyaNo Gravatar

    hye..nk tnye..samsung yang ori dtg dri negara mane ye?product samsung dari singapore original ke?takut tertipu bile nak beli..

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Samsung adalah syarikat dari Korea. Saya assume seller tu kata phone samsung tu dari Singapura, betul? If macam tu, maksudnya phone tu adalah AP set. Warranti adalah dari distributor AP set tu, maksudnya warranti dari syarikat yang membawa masuk phone tersebut.

    Original ni maksudnya, telefon tersebut mempunyai warranty dari pengedar sah telefon tersebut. Sebagai contoh, Samsung, warrantinya dari SME (Samsung Malaysia Electronics), Blackberry dan Motorola warrantinya adalah dari Brightstar, Nokia – Zitron, HTC – SiS etc.

    Sebelum membeli, dinasihatkan check dulu telefon tu, dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

    p/s: boleh juga beli dari saya. Jual phone juga :)

    [Reply]

    khairulNo Gravatar Reply:

    sy nak beli galaxy S2? brp price skrg? boleh contact sy secepat mungkin?

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    dah hantar email :) zharmin recently posted..[Pendapat] Buka Minda Sebelum Membeli

    khairulNo Gravatar Reply:

    xde pun bro?

    arwisNo Gravatar Reply:

    askum. saya nak pakai samsung galaxy S II. Set yang original harganya brapa? n lgi 1, nk tahu blckberry ni byk jenis. boleh tahu bb jenis mana yg canggih, cantik n smart pakai? mohon email k. tq

  3. Salam saudara, smartphone leh update blog tak?

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Wkmslm,

    Maaf la lambat reply. Boleh update blog guna smartphone. Ada apps yang boleh install utk tujuan tersebut.

    Saya akan buat entri baru berkenaan smartphone selepas ini. Kiranya versi update.

    [Reply]

  4. Pingback: Buka Minda Sebelum Membeli | zharmin{dot}com

  5. NIK ZUHAILAHNo Gravatar

    Sy ni nak beli hp br..dah review byk ternyata hp android lebih ok tp sy bimbang dgn kualiti touchscreen ni.
    ada member pakai blackberry torch dah teruja nak blackberry sebab dia ada papan kekunci+touchscreen.
    dah confuse jdnya.
    dah plan nak beli samsung galaxy wonder sebenarnya.cuma nak tanya kat sini tak mudah rosak ke touch screen ni?kalau ok rsnya prefer dgn galaxy lg berbanding BB.
    Satu lg nak tanya kalau sy nak pakai prepaid jer mn lebih ok,BB @galaxy sbb rumah sy dah ada wifi..

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Hi Nik Zulaiha,

    Saya pengguna phone touchscreen. Setakat setahun lebih saya pakai ni, tak ada masalah lagi dengan touch screen saya dan setakat ini, jarang sangat saya dengar user ada problem dengan touch screen mereka (untuk phone samsung, htc, motorola, iphone etc).

    Since awak guna prepaid, saya suggest Samsung Galaxy sebab setakat yang saya tahu. Blackberry ni kalau awak suka BBM, boleh la pakai. If tak, saya suggest Galaxy. Main internet boleh guna wifi je. Jangan lupa matikan data, takut nanti prepaid kena makan sebab data on. :8 zharmin recently posted..[Pendapat] Buka Minda Sebelum Membeli

    [Reply]

  6. nurNo Gravatar

    assalamualaikum nak tanyer sket.

    saya nie student medic kat jakarta. kat sini diorang memang ramai BB n apa2 memg suka bbm lar kan. so kalau tengok senior yang dah wat clinical tu dorang memg lg senang pakai bb sebab seng nk cntct ngan bdk group dorg yg len, esp bdk local n doctor.

    tapi kalau mcm nak guna utk study, mcm apps yg kita boleh guna utk study medic banyak kat apple ker?

    tolong blur r. confuse nak bli bb ker, iphone, android,itab or ipad. huhu…

    [Reply]

    zharminNo Gravatar Reply:

    Berkenaan aplikasi berkaitan perubatan ni, saya kurang pasti. Boleh cuba tgk Google Play Store @ https://play.google.com/store (Untuk aplikasi Android) atau Apple App Store (untuk iPhone @ iPad)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: